Jumaat, 19 November 2010

MAJLIS PERPISAHAN

Selamat Berpisah Diucapkan Kepada Semua . Saya sebagai pembina blog ini meminta maaf kepada semua kerana blog ini masih belum sempurna sepenuhnya kerana saya masih belajar. Blog ini masih banyak kekurangannya.Diharap pengganti saya nanti dapat mengemaskinikan blog ini . Selamat Maju Jaya PSS SK Dato Klana Maamor. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru serta staf SK Dato Klana Maamor atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada PKG Mambau yang banyak membantu saya serta rakan-rakan GPM yang lain yang banyak membantu, menunjuk ajar dan memberi sokongan kepada saya . Jasa kalian tetap dikenang. Jumpa lagi........
kenyitcallmedoastarrosrindulovesenyumbabai

Selasa, 16 November 2010

Jumaat, 10 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Diucapkan kepada semua " Selamat Hari Raya Aidil Fitri ".

Jumaat, 27 Ogos 2010

NUZUL QURAN

Sambutan Nuzul Quran .
Ustaz Romzi sedang menyampaikan ceramah mengenai ' Nuzul Quran '

Khamis, 12 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA

Selamat Berpuasa diucapkan kepada semua umat Islam . Gunakanlah Ramadhan tahun ini sebaik-baiknya. Ambillah kesempatan yang ada.

Ahad, 1 Ogos 2010

BULAN PATRIOTIK

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 53
berbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan ini

Ahad, 25 Julai 2010

DEMONSTRASI MEMADAMKAN API



Latihan kawad kebakaran dan demontrasi memadam api oleh ahli bomba Seremban 2

Selasa, 1 Jun 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA

Murid-murid dan guru mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

Khamis, 20 Mei 2010

Isnin, 17 Mei 2010

MINGGU PUSAT SUMBER




Minggu Pusat Sumber telah diadakan pada 10 Mei hingga 14 Mei 2010.
Permainan Tradisional
Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster
Membuat Kad Ucapan Selamat Hari Guru

Rabu, 28 April 2010

KURSUS KEPIMPINAN

Semua Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat sumber dan sermua AJK uniform dan persatuan menghadiri kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh unit KOKO dan unit Disiplin pada 25 April 2010 yang lalu.

Jumaat, 16 April 2010

MINGGU PERPUSTAKAAN

Minggu Perpustakaan telah diadakan pada 12 April hingga 16 April 2010.
Berbagai acara telah diadakan.
Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2


Pertandingan Tulisan Khat Jawi.

Pertandingan Tulisan Cantik.

Selasa, 30 Mac 2010

HARI PUTERI



Unit Puteri Islam sekolah telah menyertai beberapa pertandingan seperti catur,kolaj kuaci,buku skrap dari bahan terbuang,bercerita,hafazan,membalut luka dan menulis karangan sempena Hari Puteri yang diadakan di SK Rasah Jaya . Beberapa orang dari ahli Puteri Islam dari sekolah ini telah berjaya dalam pertandingan itu.

Rabu, 10 Mac 2010

Pertandingan Mengarang Tahap 1&2 Seremban 1

Sekolah telah menghantar 2 orang peserta iaitu Nurdini Madihah bt. Mohd. Hasssan Tahuri dari Tahun 3 bagi tahap 1 dan Mardhiah bt. Abdullah dari Tahun 6 bagi Tahap 2.Pertandingan itu telah diadakan pada 10 Mac 2010 di SK Sungai Jai. Mardhiah bt. Abdullah telah berjaya mendapat tempat Ke 3. Tahniah diucapkan. Pada adik Nurdini Madihah jangan putus asa.Cuba lagi InsyaAllah pada tahun hadapan adik pula berpeluang ........

Mardhiah sedang mengarang.....

Berdebar menanti keputusan...

Gembira mendapat hadiah.....

Gambar2 adalah sumbangan drpd Ckg.Norazah dr Sk. Sungai Jai....

Rabu, 3 Mac 2010

Sudut Puteri Islam


Ahli Puteri Islam sedang menyediakan tanah untuk menanam.

Masa untuk menyemai anak benih
Unit Puteri Islam sedang mengadakan aktiviti menanam sayur-sayuran di dalam pasu.

Sabtu, 20 Februari 2010

Mesyuarat Agung kali Ke-37 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2009

Mesyuarat Agung kali ini mendapat sambutan kerana ramai ibu bapa hadir. Mungkin kerana selepas Mesyuarat Agung ada majlis Anugerah Kecemerlangan.Majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini ada sedikit kelainan iaiitu ibu bapa yang akan menyampaikan hadiah kepada anak masing-masing.Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan murid-murid yang berjaya. Rasanya tahun hadapan patut diteruskan acara ini.

Hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu "Negaraku"

YDP PIBG sedang menyampaikan ucapan.

Barisan AJK PIBG sessi 2010/2011

Ibu bapa menyampaikan hadiah kepada anak-anak mereka.

Jumaat, 1 Januari 2010

Taklimat Pra Sekolah dan Pendaftaran Tahun 1



Ibu-bapa mendengar taklimat daripada Guru Besar dan GPK.
Sessi suai kenal murid Tahun Satu.

Mesyuarat Guru 1 2010



Mesyuarat Guru 1 2010, Mesyuarat Kurikulum, Mesyurat Aset dan PSS