Selasa, 30 Mac 2010

HARI PUTERI



Unit Puteri Islam sekolah telah menyertai beberapa pertandingan seperti catur,kolaj kuaci,buku skrap dari bahan terbuang,bercerita,hafazan,membalut luka dan menulis karangan sempena Hari Puteri yang diadakan di SK Rasah Jaya . Beberapa orang dari ahli Puteri Islam dari sekolah ini telah berjaya dalam pertandingan itu.

Rabu, 10 Mac 2010

Pertandingan Mengarang Tahap 1&2 Seremban 1

Sekolah telah menghantar 2 orang peserta iaitu Nurdini Madihah bt. Mohd. Hasssan Tahuri dari Tahun 3 bagi tahap 1 dan Mardhiah bt. Abdullah dari Tahun 6 bagi Tahap 2.Pertandingan itu telah diadakan pada 10 Mac 2010 di SK Sungai Jai. Mardhiah bt. Abdullah telah berjaya mendapat tempat Ke 3. Tahniah diucapkan. Pada adik Nurdini Madihah jangan putus asa.Cuba lagi InsyaAllah pada tahun hadapan adik pula berpeluang ........

Mardhiah sedang mengarang.....

Berdebar menanti keputusan...

Gembira mendapat hadiah.....

Gambar2 adalah sumbangan drpd Ckg.Norazah dr Sk. Sungai Jai....

Rabu, 3 Mac 2010

Sudut Puteri Islam


Ahli Puteri Islam sedang menyediakan tanah untuk menanam.

Masa untuk menyemai anak benih
Unit Puteri Islam sedang mengadakan aktiviti menanam sayur-sayuran di dalam pasu.